yang penting!!!
** kenal diri**
** keperluan**
** bajet**
KENAL DIRI
maksud nya... kenali diri ye tahap kesihatan, kulit dan tindakan balas diri korg... BUKAN SEMUA PRODUK BAIK UTK KITA... ADA YANG BAIK UTK KITA,TAPI X BAIK UTK KORG...
untuk ubat supplement, x dak masalah sebab tak panas
untuk ubat jamu tradisional, ada panas ada tidak sebab dosage dan kualiti setiap produk adalah berlainan... bahan yang di pakai juga berlainan...
untuk kosmetik, ada yang mengandungi bahan kimia lebih, ada yang campur sedikit herbal dan ada 90% herbal...
YANG SAYA MASUKKAN ADALAH setiap komposisi produk jugak berlainan..
JIKA ANDA MENGALAMI SEMBELIT, BIBIR PECAH, RAMBUT GUGUR ATAU TANDA-TANDA KURANG AIR DALAM BADAN... anda boleh ambil supplement atau jamu yang 1-2 jenis herbal contoh ye PIL MANJAKANI, PIL KACIP FATIMAH... atau MAS COTEK DAN SERAPAT, KACIP FATIMAH MANJAKANI... sebab.. setiap khasiat yang berlainan membuat tindakan balas jugak berlainan... pengambilan jugak ambil dalam kuantiti sedikit dahulu... boleh bertambah ikut kesesuaian badan... jangan ambil sekali dalam kuantiti yang banyak, boleh memudaratkan kesihatan..
JIKA ANDA MENGGUNAKAN PRODUK YANG BOLEH MENGELUPAS, MERAH, GATAL, PEDIH MUKA, RASA PANAS ATAU TANDA-TANDA YANG BUAT ANDA RASA KULIT ANDA SENSITIF... anda di syorkan buat masker muka dengan jeli gamat, aloe vera, timun, tomato, rumpai laut atau telur. untuk memastikan sel-sel kulit muka anda sehat. JIKA ANDA ADA RASA SAKIT, GATAL, PEDIH ATAU SAKIT YANG LEN, anda harus teruskan masker muka. itu adalah tanda-tanda, kulit muka anda tidak sehat akibat bahan kosmetik yang di gunakan. BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PERALIHAN PRODUK LAMA KE PRODUK BARU.
JIKA ANDA MAKAN SATU PRODUK DAN RASA TIDAK BERKESAN, ANDA PATUT KENALI DAN TUJUAN ANDA BELI PRODUK... jika badan anda tidak mengalami sakit walau sakit pingang,lenguh2 badan, haid tidak teratur atau lain... anda patut tidak mengalami perubahan.. KERANA BADAN ANDA SIHAT. ATAU badan anda mengalami sakit tapi tidak ada perubahan... CUBA ISTIQAMAH PRODUK TUH SELAMA 3BULAN... sebab ada sesetengah produk boleh nyahkan toksid,bersihkan usus dan betulkan penghadaman kerana USUS ADALAH TEMPAT ABSORB SEMUA KHASIAT YANG KITA MAKAN...
JIKA KULIT ANDA NIPIS, SENSITIF DENGAN BAHAN.. anda patut cari semua produk muka anda herbal... dan jangan lupa bagitau apa masalah kulit anda pada promoter barang, sebab itu penting supaya anda tidak menyalahkan produk dan promoter :)
MENITIK BERATKAN TENTANG TAHAP KESIHATAN BADAN BOLEH KITA AMBIL LANGKAH TENGAH UNTUK PERAWATAN AWAL SUPAYA MENCEGAH DARI PELBAGAI PENYAKIT :)
KEPERLUAN
ini kebanyakkan berlaku kepada para wanita... maaf ye.. saya jujur... sebab wanita nie memang diberikan anugerah mudah tertarik yang di panggil nafsu. saya juga wanita. jangan risaw. jangan malu. teruskan membaca.
JIKA ANDA NAK MENJAGA KULIT SAHAJA. anda patut cari collagen, vitamin dan supplement yang mengikuti keselesaan dan tahap kulit anda. JIKA ANAK DARA, makan apa pon bley.. JANJI ISTIQAMAH. JIKA SUDAH BERUSIA ATAU SUDAH MENDIRIKAN RUMAHTANGGA, anda patut ambil RUMPAI LAUT GRED AA sebab pure collagen.. nie bukan promote. ini ikhlas. RUMPAI LAUT ADA BANYAK GRED.. nanti next post saya cite...
KENAPA WANITA PERLUKAN BANYAK COLLAGEN? sebab wanita nie mudah hilang zat2 dalam badan.. apabila period, bersalin, rutin sehari... sel otak pon boleh hilang setiap hari, inikan zat2 dalam badan yang kita.. terutamanya ZINK, IRON,KALSIUM dan lain-lain lah... admin pon lupa.... tuh yang collagen nie perlu bagi wanita.. COLLAGEN DAPAT JAGA LUARAN DAN DALAMAN.
JIKA ANDA MAHU KESIHATAN BADAN SAHAJA. ambil sahaja utk produk kesihatan badan.
JIKA ANDA MAHU MAKAN SAJA2. anda jangan mengomel jika satu produk tidak baik.
apa yang anda patut tahu? SEMUA PRODUK ADA KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN, SEMUA SUDAH DI SELIDIK...SEMUA PRODUK JUGA ADA TESTIMONI TERSENDIRI... BIJAK MEMILIH SESUATU PRODUK MENGIKUT KEPERLUAN ANDA
BAJET
bajet adalah penting... MACAM ADMIN BAJET UTK KESIHATAN ADALAH RM50.. ya.. mmg patut RM50..buat apa banyak2... admin banyak skip pengambilan makanan... cukup ambil RUMPAI LAUT COLLAGEN dan JAMU utk recharge badan supaya tidak letih dan mampu buat banyak keje... ANDA BAGAIMANA? UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI :)
BAJET ADALAH PENTING untuk kita istiqamah sesuatu produk dan tidak kacau belian lain.
SO... RENUNG-RENUNGKANLAH... :)
No comments:
Post a Comment